fbpx

Inul Daratista selar peminat taksub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INUL DARATISTA

PENDANGDUT terkenal, Inul Daratista menegur sikap netizen yang mengidolakan selebriti supaya tidak terlalu taksub hingga lupa diri.

“Peminat tidak sedar telah dimanipulasi oleh artis untuk kepentingan. Artis boleh menjadi semakin kaya sebab peminat tegar.

“Peminat tidak seharusnya mempertahankan dan menghalalkan kesalahan yang dilakukan artis pujaan mereka,” ujarnya yang diserang teruk netizen gara-gara kenyataan sebegitu.

Rata-rata menuduh Inul menyindir kelab peminat Leslar iaitu penyokong tegar, Lesti Kejora dan Rizky Billar.

Gara-gara teguran itu, Inul telah diserang pengguna laman sosial apabila rata-rata menuduhnya sedang menyindir kelab peminat Leslar iaitu kelab untuk peminat pasangan selebriti berkenaan.

Kenyataan tersebut dimuat naik sejurus selepas pasangan itu mengaku bahawa mereka telah pun bernikah sejak awal tahun lagi selepas timbul khabar angin mengatakan bahawa Lesti telah hamil sebelum bernikah.

“Walaupun bunda (panggilan untuk Inul) tidak menyebut siapa, tetapi saya tahu hantaran ini ditujukan untuk kelab peminat Leslar,” kata seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI