fbpx

Firdaus Wong bersumpah beliau tiada hasad dengki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus Wong

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung bersumpah atas nama Tuhan beliau tidak memiliki sebarang masalah peribadi dengan seorang pendakwah lain yang kini disiasat berhubung kes video dan mesej lucah.

Beliau yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, dirinya tiada hasad dengki atau dendam terhadap pendakwah yang disiasat tersebut.

“Saya boleh berkata Wallahi bahawa apa yang dilakukan ini adalah apabila mangsa datang kepada kami. Bukan kami mencari aib, tetapi mangsa berkongsi kepada kami untuk mencari kekuatan.

“Mereka dihina dan dikritik oleh netizen dan mereka tampil mencari kekuatan,” katanya dalam satu temuramah yang disiarkan secara langsung menerusi Youtube hari ini.

Terdahulu, Firdaus Wong berkata, beliau pernah memuji pendakwah terbabit pada Januari 2019 ekoran kerja-kerja kebajikan yang individu itu lakukan, malah tidak pernah mengkritiknya.

Menurutnya, beliau namun secara peribadi tidak mengenali pendakwah berkenaan dan hanya mengenalinya menerusi gerak kerjanya yang ditampilkan di media sosial.

Bagaimanapun, katanya, sebagai muslim Allah menyuruh umatnya bersikap adil, melaksanakan amal maaruf nahi mungkar dan membantu mangsa yang dizalimi.

Justeru, katanya, mereka yang menuduh beliau memiliki hasad dengki terhadap pendakwah terbabit tidak mengikuti perkembangan MRM yang ditubuhkan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Katanya, sepanjang tempoh itu NGO tersebut telah banyak melakukan pendedahan demi pendedahan daripada isu pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sehingga kepada kultus ajaran sesat,” – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI