fbpx

Aina Abdul didakwa tipu peminat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA ABDUL

PENYANYI Aina Abdul baru-baru ini ada melancarkan sebuah single baharunya yang berjudul Aina Abdul.

Sebelum dilancarkan, penyanyi itu telah membuat promosi ‘gempak’ dalam Instagram miliknya untuk memberitahu peminat tentang lagu tersebut.

Tapi selepas dilancarkan, rupa-rupa single tersebut bukanlah sebuah lagu baharu, sebaliknya gabungan tiga buah lagu iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi yang digabungkan bersama.

Biarpun ‘nafas segar’ yang ditampilkan Aina dalam lagu tersebut dipuji ramai, ada juga segelintir peminat berpendapat bahawa penyanyi itu telah menipu banyak pihak yang teruja menantikan lagu baharunya.

Gara-gara itu, Aina terpaksa membuat penjelasan bahawa single Aina Abdul itu dianggap lagu baharu kerana diberi ‘nafas’ berbeza.

Lagi pun, Aina sendiri tidak pernah menjanjikan bakal keluar dengan sebuah single baharu.

Diva sendiri akui, bila tengok daripada segi promosi yang dibuat, mati-mati Diva ingat Aina akan lancarkan sebuah lagu baharu, tetapi rupa-rupanya lagu lama yang dikitar semula. Nak lagu

betul-betul baharu, kena tunggu lagi agaknya.

Tetapi tidak mengapalah. Sebagai salah seorang peminat tegar Aina, Diva sokong sahaja bentuk karya yang dikeluarkannya.

DIVA: Tahniah kepada pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir serta pelakon, Izreen Azminda kerana selamat menimang cahaya mata baru-baru ini. Selamat berpantang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI