RAWANG – Kegembiraan dua beradik mandi sungai bertukar tragedi apabila salah seorangnya meninggal dunia selepas ditimpa pokok tumbang di Sungai Serendah berdekatan Serendah Brick House di siin hari ini.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.39 petang daripada orang awam.
“Seramai sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Syuhaizaal Ibrahim dikejarkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi pukul 3.02 petang didapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap dua kanak-kanak lelaki yang juga adik beradik yang sedang mandi di sungai berkenaan.
“Kanak-kanak yang berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia manakala abangnya yang berusia 11 tahun pula cedera,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital swasta oleh orang awam sebelum bomba sampai di lokasi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929