PELAKON Bollywood, Daisy Shah berpendapat, keputusan kerajaan India untuk membenarkan panggung wayang di negara itu kembali beroperasi semula dengan kapasiti 50 peratus penonton pada satu masa adalah suatu keputusan yang akan ‘membunuh’ industri perfileman di sana.
Ujar Daisy, dia cukup memahami keputusan tersebut demi kebaikan bersama untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19, namun sedikit sebanyak, pendekatan sebegitu langsung tidak mencapai sasaran filem yang ditayangkan.
“Untuk mencapai target filem pecah panggung adalah sangat sukar lebih-lebih lagi selepas kerajaan membenarkan kapasiti penonton di panggung wayang cuma 50 peratus.
“Memang agak sukar untuk kita melihat situasi kembali normal dalam masa terdekat,” ujarnya.
Bintang filem BellBottom itu memberitahu bahawa dia bukanlah individu yang tepat untuk membahaskan soal kepincangan industri kerana berpendapat para penerbitlah yang sepatutnya ke hadapan memandangkan mereka paling terkesan dengan situasi semasa