fbpx

30.1 peratus pelajar telah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 50.1 peratus daripada 26,683 murid berusia 16 hingga 17 tahun telah menerima suntikan dos pertama di Melaka.

MELAKA – Seramai 30.1 peratus daripada 2.53 juta individu berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima dos pertama suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk pelajar sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, program tersebut sedang berjalan dengan lancar menerusi pemberian di 687 pusat pemberian vaksin (PPV) awam sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), klinik kerajaan dan balai polis.

“Sebanyak 4.4 peratus daripada golongan itu juga telah lengkap menerima dua dos vaksin dan hampir 10.9 peratus daripada 1.64 juta murid darjah enam hingga tingkatan 3 telah menerima dos pertama, manakala 63.3 peratus daripada 834,857 murid pula berusia 16 hingga 17 tahun.

“Secara keseluruhan 30.1 peratus daripada 2.53 juta individu berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima dos pertama suntikan vaksin mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke PPV Encore, Klebang di sini, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI