JIKA hidup solo, macam-macam cara dilakukan untuk ‘berlagak’ seperti hatinya sudah dimiliki.
Itulah yang dilakukan Zara Zya dalam satu video yang dimuat naik dalam TikToknya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Zara dilihat sedang berbual dengan seorang individu, namun pada akhirnya, semua telah ditipu.
“Makan tak ajak ya?” kata Zara kepada ‘individu’ tersebut diiringi dengan bunyi plastik.
Namun rahsia tersebut terbongkar apabila Zara menunjukkan dia sedang meramas plastik tersebut, sekaligus menghasilkan bunyi seakan-akan membuka bungkusan.
Video tersebut mengundang tawa ramai netizen dan berpendapat Zara harus segera mendirikan rumah tangga kerana khuatir gurauan lain pula yang muncul selepas ini.