fbpx

Solskjaer rimas cara United main

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER enggan para pemainnya terus mengharapkan keajaiban dengan bangkit setiap kali ketinggalan ekoran aksi perlahan pada awal permainan. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mencabar anak-anak buahnya untuk kembali mempamerkan kebangkitan pada aksi bertemu Aston Villa di Old Trafford malam ini.

Selepas berdepan dua kekalahan dalam tiga perlawanan termasuk tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris apabila tumpas kepada West Ham United kelmarin, Solskjaer mahu para pemain melupakan kekecewaan itu secepat mungkin dan memberikan fokus aksi berikutnya.

Menurutnya, masalah utama yang dihadapi oleh United adalah memulakan setiap perlawanan dengan terlalu perlahan dan ia semakin menjadi trend buat pasukan itu sejak kebelakangan ini.

“Pada 10 minit pertama kami terlalu perlahan. Para pemain seakan berjalan-jalan di atas padang.

“Ini adalah perkara yang kami perlu berikan tumpuan. Ia bukan suatu perkara yang menarik untuk disaksikan sekiranya kami terus bermain de­ngan cara sebegitu.

“Kami mampu memberikan respons yang baik kemudiannya tetapi kami tidak boleh kekal dengan cara sebegitu ke­rana kami tidak sentiasa boleh menjangkakan mampu untuk melakukan kebangkitan setiap kali ketinggalan.

“Musim lepas kami kerap melakukan perkara-perkara yang menakjubkan, ketinggalan sebelum meraih kemenangan tetapi ia bukan perkara yang saya inginkan. Kami perlu memulakan aksi dengan lebih baik selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Solskajer mengakui masih menanti peluang terbaik untuk menurunkan penyerangnya, Edinson Cavani yang berdepan masalah kecergasan ketika ini.

“Dia tidak menjalani latihan penuh untuk berada dalam kesebelasan utama. Dia bekerja keras dan memahami keadaan badannya sendiri. Kami bersedia menyenaraikannya jika dia sudah bersedia,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI