fbpx

Sembilan ditahan kes tetak sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Polis menahan sembilan lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian tetak hingga menyebabkan kematian seorang penganggur di Taman Pantai Sepang Putra, Sungai Pelek di sini pada 11 September lalu.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kesemua suspek yang ditahan itu adalah mereka yang pergi ke tempat kejadian.

“Jadi, polis tahan kesemua mereka bagi membolehkan siasatan lebih lanjut dilakukan dan reman ke atas kesemua suspek telah pun dilakukan sebanyak dua kali,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beliau berkata, polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan tetapi masih dalam proses mendapatkan keterangan bagi mengenal pasti siapa di antara suspek yang ditahan itu yang menetak dan memukul mangsa.

“Apabila kertas siasatan siap, barulah akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwaraya bagi tujuan pendakwaan. Setakat ini, polis mengenal pasti motif kejadian adalah kerana berbalah mulut,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis menahan empat lelaki disyaki terbabit dalam kejadian tetak sehingga menyebabkan seorang lelaki maut di Taman Pantai Sepang Putra.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, seorang lelaki berusia 45 tahun maut akibat ditetak dan dipukul di belakang badan disyaki dengan menggunakan senjata tajam. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI