fbpx

Polis saman 62 penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis mengeluarkan saman terhadap penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik di Pantai Sri Tujuh, Tumpat semalam.

TUMPAT – Polis mengeluarkan saman kepada 62 penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan trafik dalam operasi di Pantai Sri Tujuh di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, operasi yang bermula pada pukul 5 hingga 7 petang itu mengesan penunggang motosikal tiada lesen memandu, tiada perlindungan insuran, tidak memakai topi keledar dan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan.

“Sebanyak 80 buah motosikal dan 26 buah kereta diperiksa dalam operasi itu. Kebanyakan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik itu berusia dalam lingkungan 17 hingga 30 tahun.

“Operasi itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penunggang motosikal supaya mematuhi peraturan undang-undang jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Razi berkata, sebuah kedai makan di daerah ini didapati membenarkan pelanggan yang tidak divaksin makan di dalam premis itu.

Menurutnya, kesalahan itu dikenalpasti semasa polis menjalankan Ops Pematuhan Prosedur Operasi standard Covid-19 di lima buah kedai makan baru-baru ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI