fbpx

Penumpang serang kru pesawat kerana tiada isyarat telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang itu berang selepas panggilan yang dibuatnya dari dalam pesawat itu gagal akibat kekurangan isyarat. -Twitter

SAN JUAN, Puerto Rico – Seorang penumpang sebuah pesawat dari Boston ke San Juan, Puerto Rico ditahan selepas menyerang seorang kru penerbangan dan mendesak untuk memasuki kokpit pesawat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Insiden tersebut berlaku pada malam Rabu lalu (waktu tempatan) tidak lama sebelum pesawat Jet Blue itu mendarat di San Juan.

Penumpang tersebut, Khalil El Dahr dilaporkan secara tiba-tiba menjadi marah selepas panggilan telefon yang dibuatnya gagal kerana kekurangan isyarat.

Dia kemudiannya menimbulkan kekecohan sebelum kru penerbangan cuba menenangkannya dan membawa lelaki itu ke tempat duduknya semula.

Khalil bagaimanapun terus meluru ke arah dek pesawat dan menarik kolar pakaian seorang kru penerbangan sehingga dia sukar untuk bernafas serta turut menendang dada kru tersebut.

Seramai tujuh orang kru penerbangan kemudiannya berjaya menghalang lelaki itu daripada memasuki ruang kokpit dan memberikannya tempat duduk di bahagian belakang pesawat itu.

Sebaik sahaja pesawat itu mendarat di San Juan, pihak berkuasa undang-undang kemudian mengambil alih insiden itu dan lelaki tersebut didakwa atas kesalahan mengganggu kru penerbangan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI