fbpx

Norris raih petak hadapan GP Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS meraih petak pertama buat julung kalinya dalam karier selepas melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan GP Rusia di Litar Sochi sebentar tadi. - AFP

SOCHI – Pelumba pasukan McLaren, Lando Norris melakar kejutan apabila menyambar petak hadapan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Rusia yang berlangsung di Litar Sochi sebentar tadi.

Catatan masa 1:41.993 saat (s) yang dilakukan pelumba British itu sekali gus menyaksikan dia meraih petak hadapan pertama dalam kariernya menjelang perlumbaan sebenar esok.

Bagaimanapun, Norris terpaksa menunggu sehingga ke penghujung sesi kelayakan selepas menukar tayar lembut dan perlu menyesuaikan jentera dengan keadaan litar yang beransur kering.

“Satu perasaan yang cukup hebat. Saya akui sesi kelayakan ini cukup gila dan langsung tidak jangka untuk berada di petak hadapan pada perlumbaan esok, terima kasih kepada pasukan.

“Saya ambil risiko untuk menggunakan tayar lembut pada penghujung sesi dan perlu mengekalkan suhu tayar. Ianya sangat sukar tetapi pertaruhan yang dibuat nyata berbaloi,” katanya sebaik sesi kelayakan tamat.

Mengiringi Norris di barisan hadapan esok adalah pelumba pasukan Ferrari, Carlos Sainz yang menempah petak kedua, manakala George Russell dari pasukan Williams di petak ketiga.

Sementara itu, pendahulu kejuaraan dunia dari pasukan Red Bull, Max Verstappen akan memulakan perlumbaan esok di petak terakhir selepas menggunakan unit kuasa baharu selain dikenakan penalti tiga petak grid.

Turut mengalami nasib sama adalah pelumba pasukan Williams, Nicholas Latifi dan Ferrari, Charles Leclerc apabila masing-masing akan memulakan perlumbaan di petak ke-18 dan 19 selepas menggunakan enjin baharu. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI