fbpx

Mayat penunggang motosikal dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal ditemui meninggal dunia di dalam longkang dipercayai terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Kepayan berhampiran Aeropod semalam. -Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Seorang penunggang motosikal ditemui meninggal dunia di dalam longkang dipercayai terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Kepayan berhampiran Aeropod semalam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Jo Ak Hang berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Mac Drint Manus dan berusia 23 tahun.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Kepayan.

“Bagaimanapun, motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan masuk ke dalam longkang sebaik sampai dilokasi kejadian.

“Kemalangan disyaki berlaku pada awal pagi semalam berdasarkan keadaan mayat mangsa.

“Kejadian hanya disedari seorang pejalan kaki yang sedang melalui kawasan terbabit sebelum menghubungi pihak polis pada pukul 4.50 petang semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Jo menyatakan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) Ariff Akmal pada pukul 4.55 petang.

“Mangsa tidak disyaki mabuk namun sampel darah akan diambil semasa bedah siasat dijalankan untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis alkohol dan dadah. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI