fbpx

Malaysia bakal cipta vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham Baba ketika melawat Ruang Reka Taman Rasa Sayang di Senawang, Seremban, hari ini.- Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjangkakan Malaysia dapat menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri yang pertama dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penghasilan vaksin itu sangat penting terutama untuk negara ini mencegah wabak Covid-19 daripada terus menular pada masa depan.

“Ia dalam proses mengumpulkan data dan akan menjadi keutamaan kementerian. Kami telah berusaha mendapatkan kolaborasi dengan beberapa syarikat dari luar negara untuk pembinaan fasiliti untuk tujuan tersebut.

“Kami juga mempunyai keupayaan untuk membangunkan Pusat Institut Vaksin Kebangsaan dan ia memerlukan masa dan sedang dibangunkan.

“Kini, kita bukan sahaja bercakap tentang vaksin Covid-19 namun sedang juga membangunkan vaksin lain yang boleh melindungi masyarakat kerana tidak tahu lagi apa jenis wabak yang akan datang dan jenis keupayaan membina vaksin ada dalam negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ruang Reka (Hab Reka Cipta, Teknologi dan Inovasi), Taman Rasa Sayang, Senawang di sini hari ini. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI