fbpx

Lelaki titiskan cecair sanitasi dalam botol air rakan suka bergosip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dilip berkata dia melakukan perbuatan itu secara spontan dan berniat sebagai gurauan semata-mata. - Mothership

SINGAPURA – Seorang bekas pengawal keselamatan di Singapura didenda S$4,500 (RM13,926) kerana meletakkan cecair pembasmi kuman dalam botol minuman rakan sekerja perempuannya, lapor portal Mothership, baru-baru ini.

Dilip Kumar Gobind, 49, mendakwa perbuataannya itu adalah sekadar gurauan dan berniat untuk memberi pengajaran kerana tidak menggemari sikap mangsa yang kuat bergosip.

Kejadian itu berlaku pada 12 April 2020 ketika mereka berdua bekerja bersama sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Marine Parade.

Botol air mangsa ditinggalkan di pos kawalan ketika wanita itu menjalankan rondaan rutin di sekitar kondominium.

Sebaik kembali ke pos kawalan, dia menyedari air dalam botol minumannya mempunyai rasa seperti pembasmi kuman dan meludahkannya keluar dengan segera.

Perbuatan Dilip terbongkar apabila mangsa meneliti rakaman televisyen litar tertutup yang menunjukkan lelaki itu memasukkan sedikit cecair pembasmi kuman dalam botol minumannya.

Mangsa membuat laporan polis dua hari selepas insiden tersebut berlaku.

Dalam perbicaraan di mahkamah, Dilip mengakui tindakan tersebut berlaku secara spontan dan sudah menyesali perbuatannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI