fbpx

Lelaki ‘kahwini’ periuk nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen – Foto-foto Khoirul yang selamat menikahi sebuah periuk nasi. - Twitter

JAKARTA – Seorang lelaki menjadi bualan netizen selepas tiga keping foto yang memaparkan dia ‘menikahi’ sebuah periuk nasi tular di Twitter, lapor laman berita Suara.com.

Menurut satu ciapan yang dimuat naik di Twitter @lagidirumah, pengantin lelaki yang bernama Khoirul Anam itu dilihat mengenakan pakaian serba putih sempena majlis ‘pernikahannya’ itu.

“Putih, pendiam dan pandai memasak. Sangat diidamkan,” demikian kenyataan yang ditulis bersama foto-foto tersebut.

Pada foto pertama, Khoirul dilihat menegang periuk nasi itu yang merupakan ‘isteri’ yang selamat ‘dinikahinya’.

Foto kedua pula menunjukkan lelaki itu mengucup periuk nasi tersebut manakala pada foto ketiga pula, dia kelihatan sedang duduk sambil menandatangani sehelai kertas.

Biarpun foto tersebut hanya satu jenaka, aksi Khoirul memecah tawa netizen dengan ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi.

“Saya terima nikahnya dengan periuk nasi bersama senduknya,” tulis seorang netizen.

“Sepadan sekali. Anda kelihatan hebat dan ‘pasangannya’ sangat cantik. Nanti anaknya adalah penapis,” kata seorang lagi. – Agensi 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI