PUTRAJAYA – Kes harian merekodkan angka di bawah 14,000 dengan 13,899 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,185,131 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan sebanyak 2,712 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 2,341 dan Johor sebanyak 1,377 kes.
“Kelantan (1,170 kes), Perak (1,128 kes), Pulau Pinang (1,060 kes), Sabah (962 kes), Pahang (779 kes), Terengganu (760 kes), Kedah (708 kes), Melaka (339 kes), Kuala Lumpur (310 kes) dan Negeri Sembilan (194 kes).
“Putrajaya (37 kes), Perlis (17 kes) dan Labuan (lima kes),” menurut ciapan Twitter beliau hari ini. -K!ONLINE