fbpx

Individu tidak lengkap vaksin dilarang kunjungi Pantai Bagan Lalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Hamid (kanan) membuat tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pantai Bagan Lalang, Sepang di sini. - NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Individu yang tidak lengkap vaksinasi Covid-19 dilarang mengunjungi Pantai Bagan Lalang kerana mereka bakal dikompaun oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MP) Sepang , Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, sekiranya didapati ada individu yang ingkar, mereka akan terus diarahkan pulang serta-merta.

“Ini kerana bermulanya minggu depan, MP Sepang tidak akan berkompromi dalam mengenakan tindakan sewajarnya jika mendapati ada pengunjung tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sebelum ini MP Sepang memberi advokasi dan nasihat kepada mereka, bagaimanapun sekiranya masih tidak mematuhi SOP tersebut, pihak berkuasa tidak teragak-agak mengenakan tindakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Abd. Hamid membuat tinjauan pematuhan SOP Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pantai Bagan Lalang, Sepang di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI