fbpx

Impak Squid Game Lee Yoo-mi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE YOO-MI

TIDAK dinafikan, usai muncul dalam drama bersiri suspen seram Squid Game, ternyata ramai pelakon yang mula disebut-sebut dan menjadi popular dalam sekelip mata.

Tidak ketinggalan ialah Lee Yoo-mi yang membawa watak Ji-young.

Meskipun hanya muncul sebentar sebagai cameo, namun wataknya yang beremosi dan menyimpan luka mendalam berjaya meruntun hati penonton hingga ke cerita.

Bukan sahaja bakat lakonan hebat yang dipersembahkan, rata-rata penonton mengatakan Lee Yoo-mi, 27, mirip dan menyerupai wajah beberapa pelakon Korea Selatan lain.

Antara yang paling banyak disebut ialah Jung So-min dan mendiang Sulli. Tak kurang juga yang mengatakan dirinya iras seperti Lee Sung-kyung dan juga Chun Won-hee.

Dek menjadi bualan ramai, pengikut dalam Instagramnya juga naik mendadak daripada 43,000 kepada 475,000 orang kini.

Untuk rekod, Jun So-min sebenarnya pernah berlakon dalam pelbagai naskhah sejak 10 tahun yang lalu, namun nama dan popularitinya kurang menyerlah.

Antara drama yang pernah dijayakannya termasuklah 365: Repeat The Year, Doctor John, Miss Hammurabi, Welcome To Waikiki, 20th Century Boy And Girl dan beberapa naskhah lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI