fbpx

City benam Chelsea di Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS (kanan) muncul wira City apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Chelsea di Stamford Bridge sebentar tadi. - AFP

LONDON – Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kembali membuktikan status mereka sebagai pencabar utama selepas menewaskan juara Eropah, Chelsea 1-0 di Stadium Stamford Bridge sebentar tadi.

Kemenangan itu amat bermakna buat The Citizens yang kembali berada pada landasan terbaik selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Southampton minggu lalu.

Bukan itu sahaja, ia juga menyaksikan City meleburkan rekod cemerlang Chelsea yang akhirnya mengalami kekalahan pertama selepas mengharungi lima perlawanan EPL setakat ini.

Aksi yang dipamerkan barisan pemain Pep Guardiola sememangnya berada dalam kelas tersendiri apabila mendominasi perlawanan dengan memegang 60 peratus penguasaan permainan.

Ia terbukti apabila City berjaya melakukan 15 percubaan ke arah gawang Chelsea yang sekadar memiliki lima peluang sahaja sepanjang 90 minit permainan itu.

Bagaimanapun, jentera serangan City tidak diberikan laluan mudah oleh benteng pertahanan The Blues apabila terpaksa menunggu sehingga minit ke-52 untuk membuka tirai jaringan melalui Gabriel Jesus.

City berpeluang untuk menambah jaringan tetapi beberapa percubaan seterusnya daripada Jesus dan Jack Grealish berjaya dinafikan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.

Hasrat Chelsea untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan itu tidak kesampaian apabila jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-62 dibatalkan selepas Kai Havertz didapati berada dalam kedudukan ofsaid.

Kekalahan Chelsea pastinya membuatkan pengurus, Thomas Tuchel ‘pening kepala’ untuk mencari formula terbaik kerana selepas ini mereka bakal berdepan jaguh Itali, Juventus untuk aksi Liga Juara-Juara pada Khamis ini.

City pula pastinya meraih suntikan semangat terbaik sebelum berkunjung ke Parc des Princes menentang Paris Saint-Germain pada Rabu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI