fbpx

Beruang peluk, kucup patung disangka beruang betina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beruang hitam tersebut memeluk dan mengucup patung yang ditemuinya. - Doug Yarrow

JACKSON HOLE, WYOMING –  Seorang lelaki berjaya merakam detik-detik seekor beruang jantan yang memeluk dan mengucup sebuah patung di belakang rumahnya kerana disangka beruang betina, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Doug Yarrow, 75, berada di kediamannya di Wyoming, Amerika Syarikat apabila dia terlihat seekor beruang hitam yang berjalan-jalan di bahagian kolam rumahnya sebelum memeluk patung beruang yang diletakkan di situ.

Beruang tersebut memeluk dan cuba bermesra dengan patung beruang itu namun dilihat kecewa kerana ia tidak memberikan sebarang reaksi.

“Beruang itu kelihatan seperti sedang mencari pasangan baharu. Ia menggeselkan tubuhnya pada patung tersebut.

“Selepas melihat aksinya itu, saya tidak dapat menahan ketawa,” kata Yarrow.

Menurut Yarrow, memandangkan dia tinggal berdekatan dengan Taman Negara Grand Teton, laman belakang rumahnya sering dikunjungi haiwan liar. Justeru, dia memasang kamera penjejak untuk merakam penemuan yang menarik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI