fbpx

Banjir di Kuala Selangor pulih, PPS terakhir ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM memantau kawasan terakhir banjir yang pulih di Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Belimbing yang menempatkan seramai 54 penduduk itu ditutup pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Seketariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Leftenan (PA) Maizura Suradi berkata, pemantauan pihaknya mendapati penurunan paras air di beberapa kawasan terlibat selain keadaan cuaca baik.

Justeru, semua mangsa daripada 13 keluarga di PPS terakhir di SK Bukit Belimbing dibenarkan pulang ke rumah mereka.

“Penutupan PPS itu dilakukan selepas mendapat kelulusan Pegawai Daerah Kuala Selangor sebagai Pengerusi Sekretariat Pengurusan Bencana daerah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!hari ini.

Maizura yang juga Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor memaklumkan tiga PPS yang menempatkan lebih 50 mangsa terdahulu tetap ditutup petang semalam

Tambah beliau, pemantauan akan sentiasa djalankan dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlaku berulang kembali. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI