fbpx

Babak mata pedih terpercik santan jadi bahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Sharifah Rose dan Redza Rosli yang diperdebatkan netizen.

SETIAP tayangan drama, pasti ada sahaja perkara yang mencuri perhatian netizen,

Terbaharu ialah babak dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Sharifah Rose dan Redza Rosli.

Babak yang tular tersebut ialah apabila watak Rose sebagai Hana Aralyn mengalami pedih mata, bukan ketika kupas bawang sebaliknya, semasa memerah santan kelapa. Babak tersebut seterusnya menjadi bualan netizen apabila ada yang berpendapat situasi tersebut sebagai tidak logik.

Namun, terdapat juga netizen yang berpendapat itu hanyalah babak dalam drama dan lakonan semata-mata serta tidak sepatutnya diambil serius.

Apa pun, jika sudah namanya drama, pastilah ada banyak perkara yang tidak logik kerana semuanya rekaan semata-mata. Jadi, tontonlah dengan hati yang terbuka ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI