fbpx

475 kes VOC dikesan, kes sembuh atasi kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Terdapat 475 kes melibatkan jangkitan Variant of Concern (VOC) dikesan di seluruh negara menerusi kajian berterusan dari 13 September hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua VOC yang dikesan itu terdiri daripada 472 kes varian Delta (B.1.617.2) dan tiga kes varian Beta (B.1.351).

Menurutnya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,860 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 1,840 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,612 kes varian Delta, 214 kes varian Beta, dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi VOI pula, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, kesemua 475 kes tersebut ditemui di Sarawak (302), Selangor (54), Sabah (28), Pulau Pinang (24), Pahang (17), Johor (13), Kuala Lumpur (12), Perlis (7), Terengganu (6), Kedah (5), Negeri Sembilan (4) serta Melaka, Putrajaya dan Kelantan (masing-masing satu kes).

Ia dikesan menerusi kajian oleh Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS), Malaysia Genome Institute (MGI), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institute for Medical Research (IMR), UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM), dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM).

Berhubung situasi Covid-19 semalam, Dr. Noor Hisham berkata, kes sembuh merekodkan sebanyak 18,074 kes sekali gus mengatasi kes harian sebanyak 13,899 kes termasuk enam daripadanya kes import.

“Terdapat 1,071 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 601 kes memerlukan bantuan pernafasan. Daripada 13,899 kes, 211 kes (1.5 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 13,688 kes (98.5 peratus) kategori satu dan dua,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, 12 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada lima kluster tempat kerja, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pendidikan lain serta keagamaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI