fbpx

3 beradik yatim piatu tumpang kasih nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan (kanan) bersama anaknya Muhammad Norhisham (dua dari kanan) kini mengambil tanggungjawab menjaga tiga beradik berkenaan yang menjadi yatim piatu selepas ibu mereka terlibat kemalangan ketika ke tempat kerja awal bulan ini.

KOTA TINGGI – Seorang warga emas yang tinggal di Kampung Kelantan, di sini berharap dikurniakan umur panjang untuk menjaga kebajikan tiga cucunya yang kehilangan ibu akibat kemalangan jalan raya awal bulan lalu.

“Jika Tuhan hendak ambil nyawa mak cik biarlah ketika cucu-cucu mak cik ini sudah pandai berdikari,” luah Intan Kurus, 61, ketika ditemui di rumah sewa arwah anak perempuannya di sini.

Intan berkata, anaknya, Rosayu Ramli, 38, ibu kepada tiga cucunya itu yang bekerja di bahagian pembersihan di Hospital Kota Tinggi meninggal dunia selepas terlibat kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya, 2 September lalu.

Katanya, dia kini bertanggungjawab ke atas cucunya, Muhammad Nor Yusuf Abdullah, 15, Muhammad Haikal, 10, dan Siti Nur Hijrah, 7, selepas mereka tiada tempat bergantung.

“Bapa mereka meninggal dunia tiga tahun lepas. Jadi mak cik kena kuat untuk menjaga mereka. Saya selalu berpesan kepada cucu agar sentiasa sayang diri sendiri jangan mudah merajuk.

“Mak dah tak ada satu hari nanti akan jumpa ‘disana’. Allah nak uji bukan sahaja cucu mak cik tapi menguji mak cik juga,”katanya.

Intan memberitahu, perbelanjaan mereka ditanggung anak sulung yang bekerja di Singapura selain dibantu seorang lagi anak, Muhammad Norhisham Ramli, 26.

Jelasnya, Muhammad Norhisham masih belum berkahwin dan tidak bekerja selama ini dia menjaga saya kini bantu menjaga anak kakaknya.

Terdahulu, Kosmo! pada 2 September lalu melaporkan seorang pekerja pembersihan maut selepas motosikal ditunggang digilis bas kilang dalam kemalangan di Jalan Mangga Taman Kota Jaya, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 pagi itu menyebabkan mangsa, Rosayu Ramli, 38, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Orang ramai yang mahu menyumbang buat tiga beradik tersebut boleh salurkan ke akaun Public Bank 6850829906 Mohamad Norazam Ramli.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI