fbpx

Terkena penyakit misteri, Almy Nadia tertekan lihat keadaan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Almi Nadia akui tertekan dengan keadaan yang menimpa suaminya kini.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Almy Nadia sedih melihat keadaan suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang dikatakan terkena penyakit misteri selepas pulang dari penggambaran drama seram beberapa minggu lalu.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Almy berkata, suaminya kini berubah apabila kerap termenung seorang diri selain hilang selera makan.

“Memang pasal kau (merujuk pada sedutan drama lakonan Fizz), laki aku kurus kering sakit tau. Balik dari shooting (penggambaran) cerita ni lah, suami saya dilanda sakit misteri sampai tak makan minum sepanjang dua minggu.

“Sampai diserang sakit gastrik tau. Walaupun dah berubat tapi bekas sisa baki tiu masih ada ya. Sekarang dah pulih tapi dia masih dilanda sakit termenung, moody (muram), susah senyum dan tak ceria macam dulu,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Almy, 35, turut memuat naik sedutan babak dilakonkan Fizz yang ketika itu sedang bersama topeng dikenali sebagai barongan.

Menurut Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, semuanya berlaku selepas Fizz menjalani penggambaran drama Malaysian Ghost Stories terbitan Astro di sebuah kampung Bernama Sahom terletak di Gopeng, Perak.

“Realitinya aku sekarang tengah tertekan dan jadi sedih sebab suami aku yang dulunya ceria dan gembira, tapi sekarang sakit. Nak pulihkan sakit dia bukan senang,” luahnya lagi.

Terdahulu, Fizz terpaksa dimasukkan ke hospital selepas badannya lemah kerana tidak makan selama dua minggu selain diserang sakit gastrik yang teruk.

Untuk rekod, Malaysian Ghost Stories merupakan drama himpunan cerita seram berbeza episod dan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis untuk saluran Astro Ria pukul 11 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI