fbpx

Suren, Tarik Boy diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tarik Boy (kiri) dan Suren yang diburu polis

KLANG – Dua penjenayah kini diburu selepas terlibat memecah masuk sebuah hostel dan melarikan pelbagai barangan bernilai RM13,000 di sini semalam.

Kedua-dua suspek dikenali K. Surendran atau dikenali Suren, 26, beralamat terakhir di Taman Sentosa Utama dan R. Narayanasamy, 36, dipanggil Tarik Boy beralamat Taman Kim Chuan, Pelabuhan Klang. Masing-masing mempunyai empat hingga 11 rekod lampau

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal kejadian pecah masuk itu berlaku pukul 5.28 pagi semalam di Jalan Sungai Jati di sini.

Katanya, suspek berjaya melarikan beberapa barangan milik mangsa seperti tiga rantai leher, dua gelang tangan dan empat cincin, wang tunai RM3,000 dan dompet mengandungi kad pengenalan, kad bank dan lesen memandu dengan nilai keseluruhan kerugian dianggarkan RM13,000.

“Bertindak hasil risikan, polis kemudiannya menahan seorang suspek berusia 34 tahun kira-kira pukul 11 malam hari sama di sekitar daerah ini.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku telah melakukan jenayah tersebut bersama dua lagi rakannya dikenali Suren dan Tarik Boy,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, suspek yang ditangkap itu kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Shamsul Amar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Zamrus Zakaria di talian 019-6892777 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 atau mana- mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 21 saat menerusi aplikasi Tik Tok yang memaparkan dua lelaki dipercayai sedang melakukan jenayah pecah hostel. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI