fbpx

Sultan Johor kurnia sumbangan mangsa kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil Sultan Johor, Datuk David Wong (kanan) meninjau keadaan kebakaran rumah sewa di Kampung Tenggayun, Rimba Terjun, Pontian, Johor hari ini. - Foto MUHAMMAD ZIKRI

PONTIAN – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan bantuan segera kepada lima keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah sewa di Kampung Tenggayun, Rimba Terjun, di sini semalam.

Wakil Sultan Johor, Mejar Cina Datuk David Wong berkata, sumbangan itu disampaikan melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) berupa bakul makanan kepada setiap mangsa yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Kampung Tenggayun.

“Baginda Tuanku Sultan amat prihatin dengan kejadian yang menimpa mangsa-mangsa kebakaran tersebut dan berharap mereka bersabar dengan musibah tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, David Wong meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa dengan diiringi Pengerusi Persatuan Kebajikan Prihatin Daerah Pontian, Datuk Ng Sea Bu.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi semalam, lima daripada 10 buah rumah sewa hangus terbakar dalam kejadian di Lorong Turiman, Kampung Tenggayun, Rimba Terjun, di sini.

Kejadian kebakaran tersebut menyebabkan kira-kira 20 mangsa termasuk tiga warga asing tinggal sehelai sepinggang dan hilang tempat tinggal yang disewa. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI