fbpx

SUKE tutup lorong, buka laluan kontra bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Syarikat konsesi bagi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. akan melaksanakan penutupan lorong dan pengaktifan laluan kontra selama enam bulan bermula hari ini hingga 31 Mac tahun depan.

Timbalan Pengurus Besar SUKE, Dr. Ir. Zarulazam Eusofe berkata, laluan sepanjang dua kilometer (km) itu melibatkan 37.2km hingga 39km di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di antara Persimpangan Persiaran Mewah dan Pekan Sungai Besi.

“Penutupan lorong dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pembinaan 11 unit tiang, kerja-kerja konkrit dan pemasangan tembok parapet yang akan merentasi MRR2.

“Aktiviti penutupan dan laluan kontra ini penting bagi memastikan jarak selamat pengguna jalan dengan tapak projek dan mengelakkan sebarang kejadian luar jangka kepada pengguna Lebuh Raya MRR2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh pembinaan berlangsung, kedua-dua lorong ‘U’ berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan tiga lorong Sungai Besi Bound (SBB) akan ditutup kepada lalu lintas

Katanya, aliran kontra dua lorong akan diaktifkan dari Ulu Kelang manakala trafik menuju Ulu Kelang akan dialihkan menerusi susur keluar di TBS dengan aliran kontra dua lorong akan bertukar menjadi satu lorong pada fasa kedua yang dijadualkan bermula 1 Disember ini hingga 28 Februari depan.

“Sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Nasional (NRP), SUKE dan pemaju projek MRCB Builders Sdn. Bhd. akan mematuhi panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kesihatan semasa aktiviti pembinaan berlangsung,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI