fbpx

Sistem pengudaraan bilik darjah dipastikan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Dr. Mah Hang Soon (kiri) berbual dengan seorang pelajar ketika melawat PPV PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City di Tanjung Malim, Perak hari ini.

TANJUNG MALIM – Pemeriksaan telah dilakukan di semua sekolah bagi memastikan setiap bilik darjah mempunyai sistem pengudaraan yang baik menjelang pembukaan sesi persekolahan pada 3 Oktober ini.

Pemeriksaan dilakukan dengan teliti ke atas sistem pengudaraan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau masalah membabitkan sistem pengudaraan di sekolah-sekolah seluruh negara.

Menurut beliau, berdasarkan pemeriksaan semasa pihaknya berpuas hati dengan dan semuanya dalam keadaan baik (sistem pengudaraan).

“Bilik-bilik darjah yang menggunakan penyaman udara dinasihatkan untuk mengurangkan penggunaannya atau melaraskan suhu pada kadar yang disyorkan.

“Suhu yang ditetapkan adalah antara 23 ke 26 darjah celsius dan jangan terlalu sejuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City di sini hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI