fbpx

Rumah mewah jadi stor rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan bersama rokok seludup dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, Johor petang semalam. - Foto IHSAN BATALION 5 PGA

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dikesan menjadikan sebuah rumah jenis semi D di Taman Desa Tebrau di sini yang dipercayai disewa sebagai tempat menyimpan bekalan rokok seludup sejak beberapa bulan lalu.

Kegiatan lelaki berusia 51 tahun itu yang mengaut untung menjual rokok tidak bercukai itu berakhir apabila dia diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 6.30 petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam serbuan itu, sejumlah 1,031 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM182,074.60 dirampas.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek aktif membekalkan rokok tidak bercukai ke kedai-kedai runcit di sekitar bandar raya ini.

“Selain itu, suspek turut menjadikan premis kediaman tersebut sebagai stor penyimpanan sementara rokok seludup sebelum diedarkan untuk pasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dimin berkata, selain rampasan rokok turut disita sebuah kereta Proton Persona dan nilai keseluruhan rampasan adalah RM203,574.60.

Tegas beliau, dengan tertangkapnya individu berkenaan, polis percaya telah berjaya menumpaskan rangkaian pengedaran rokok seludup di sekitar Johor Bahru. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI