PETALING JAYA – Beberapa kawasan di 10 buah negeri kini berdepan amaran ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 8 malam, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, Selangor termasuk seluruh Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan.
Sementara itu di negeri Kedah, ia melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang kawasan yang terjejas ialah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Bagi negeri Perak pula ialah kawasan Kerian, Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Di Terengganu pula kawasan yang terkesan di Hulu Terengganu dan Marang.
“Bagi negeri Pahang pula di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin, manakala di negeri Johor pula Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya hari ini.
Keadaan itu juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis ,Beluru dan Marudi).
Turut akan mengalami hujan lebat di beberapa kawasan di Sabah iaitu Sipitang, Tenom, Beaufort, Tambunan dan Ranau. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929