fbpx

Pesara 72 tahun rugi RM52,000 ditipu pelaburan petroleum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas di Butterworth di sini kerugian RM52,000 apabila wang simpanannya itu lesap dipercayai selepas ditipu sindiket yang menawarkan pelaburan petroleum.

Mangsa yang merupakan pesara berusia 72 tahun tersebut dikatakan terjerat dalam penipuan itu selepas didatangi dua individu ketika di sebuah pasar raya di Bagan Ajam, Butterworth baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mangsa telah ditawarkan menyertai pelaburan dalam bidang petroleum kononnya yang dianjurkan oleh lima syarikat pengeluar minyak dan gas di negara ini.

“Mangsa berminat menyertai pelaburan itu yang menjanjikan keuntungan tinggi selepas suspek menunjukkan beberapa video dan gambar testimoni pelabur-pelabur lain.

“Ada di antara mereka dikatakan mendapat hadiah berupa kereta dan wang tunai,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM52,000 kepada kedua-dua suspek di sebuah bank di Seberang Jaya di sini sejurus membuat pengeluaran wang.

“Kedua-dua suspek kemudiannya menghilangkan diri selepas mendapat wang itu sebelum mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI