fbpx

Pesakit Covid-19 dakwa ‘dipaksa’ masuk ICU, meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran mesej di sebuah kumpulan Telegram memaklumkan Allahyarham Affendy meninggal dunia hari ini.

PETALING JAYA – Seorang bekas pesakit Covid-19 yang tular selepas mendakwa dirinya ‘diculik’ dan ‘dipaksa’ berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang disahkan meninggal dunia, hari ini.

Allahyarham Affendy Mohd Yusof, 43, dikatakan sudah dipindahkan ke wad biasa selepas melepasi tempoh jangkitan Covid-19.

Khabar dipercayai berkaitan pemergian arwah turut dikongsi seorang pengamal perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan di laman Facebook milik beliau sebentar tadi.

Berita berkaitan: Lelaki dakwa ‘dipaksa’ tinggal di wad ICU Covid-19

“Ajal maut bukan di tangan doktor atau peguam atau atas sesuatu prosedur. Ajal maut telah ditetapkan. Persoalannya, adakah kita sudah berikhtiar sehabis baik. Apa yang kita boleh bakal lakukan kalau ada kes akan datang.

“Ajal dia sudah sampai dan nyawanya sudah diambil. Sama seperti saya, kalian semua juga mesti reda dengan pemergian dia. Persoalannya, apa yang kita akan buat atau patut buat pada masa hadapan untuk kes sama? Apa iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah ini,” tulisnya hari ini.

Berita berkaitan: Pesakit dakwa dipaksa masuk ICU sebenarnya kritikal

Pada 13 September lalu, Kosmo! melaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Ma’arof Sudin berkata, pesakit berkenaan telah dimasukkan ke wad ICU selepas disahkan mengalami Covid-19 tahap empat.

Menurutnya, pihak hospital berulang kali menjelaskan kepada pesakit serta ahli keluarga mengenai risiko yang boleh membahayakan dirinya sekiranya dia tidak membenarkan rawatan dijalankan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI