fbpx

Peniaga barang lusuh didakwa bakar 3 kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang peniaga barangan lusuh berdepan hukuman penjara 14 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membakar tiga buah kenderaan, dua minggu lalu.

Tertuduh, Ang Ban Yong, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan membakar menggunakan minyak petrol dengan mengetahui perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan kerosakan kepada harta iaitu tiga buah kenderaan.

Kenderaan tersebut merupakan milik tiga individu yang nilainya melebihi RM50,000 atau lebih.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 10.55 malam di Jalan Jasa Merdeka 18, Taman Datuk Tamby Chik Karim dalam daerah Melaka Tengah, 12 September lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N.Sivashangari mencadangkan jaminan RM15,000 dikenakan terhadap tertuduh. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI