SHAH ALAM – Seorang pemandu lori maut dalam keadaan menyayat hati dengan putus tangan kanan selepas kenderaannya dipandunya terbabas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 7.3 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini tengah hari tadi.
Mangsa dikenali Ong Chee How, 48, yang turut cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.50 tengah hari.
Katanya, berdasarkan maklumat mendapati lori satu tan itu membawa minyak pelincir terpakai terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di atas jalan raya.
“Mangsa telah tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan putus tangan kanan berada dalam keadaan separuh sedar.
“Anggota bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam menjelaskan mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929