fbpx

Pekerja kilang hilang ditemui mati di dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa, L. Hemavathi, 43, dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 16 September lalu.

KULIM – Misteri kehilangan seorang pekerja kilang wanita terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam kereta yang terjunam ke dalam parit di Jalan Maryland,  Sungai Kob di sini hari ini.

Mangsa, L. Hemavathi, 43, dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 16 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, mayat mangsa ditemui di dalam kereta jenis Honda Jazz kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

“Mangsa ditemui di dalam kereta yang terbalik di dalam parit besar berhadapan sebuah kuil dalam kawasan ladang kelapa sawit.

“Mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum terjunam ke dalam parit di kawasan yang terlindung daripada pandangan orang ramai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sazalee, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada kesan brek di atas jalan dan kereta mangsa remuk terutamanya di bahagian  bumbung dan hadapan.

Katanya, mayat mangsa dalam keadaan berpakaian lengkap telah busuk dan dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lalu.

“Barang kemas yang mangsa pakai ketika keluar dari rumah masih berada pada mayat mangsa,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI