PETALING JAYA – Kes positif Covid-19 kini sedang dipantau secara maya oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melalui pesanan ringkas (SMS) dan panggilan menggunakan nombor 03-2703 3000.
Menurut kenyataan KKM melalui Facebooknya hari ini pesakit dimaklumkan melalui nombor tersebut supaya menggunakan kaedah Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah (HAT) pada aplikasi MySejahtera.
KKM memaklumkan bahawa sekiranya orang ramai mendapat panggilan daripada nombor tersebut ia sebenarnya bukan daripada ‘scammer’ tetapi sebaliknya adalah nombor sahih.
“Kaedah HAT aplikasi MySejahtera adalah pendekatan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) KKM untuk menghubungi pesakit Covid-19 melalui panggilan telefon dan SMS menerusi nombor 03-2703-3000 bagi mengingatkan mereka supaya mengisi HAT pada aplikasi MySejahtera.
“CAC maya diperkenalkan pada 21 Julai, dan usaha sedang dilakukan untuk mewujudkan lebih banyak pusat tersebut di negeri-negeri yang mengalami peningkatan kes Covid-19,” jelas kenyataan tersebut. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929