fbpx

Maqis rampas 200 kg putik bunga kering dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun Moringa kering dan putik bunga asam Belanda kering yang dirampas Maqis di DAD di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 200 kilogram (kg) putik bunga kering tanpa permit di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam (DAD), Butterworth di sini semalam.

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada operasi kira-kira  pukul 5.55 petang itu, pihaknya menemui putik bunga asam Belanda kering atau Hibiscus Roselle dan daun Moringa kering yang didapati tidak mempunyai permit import Maqis.

Menurut kenyataan tersebut, barang dagangan yang dirampas itu dianggarkan bernilai kira-kira RM5,009.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI