fbpx

Majoriti setuju THR bantu kurangkan perokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Majoriti rakyat Malaysia (80 peratus) percaya penggunaan strategi pengurangan kemudaratan tembakau (THR) di negara ini akan membantu perokok berhenti merokok kerana mereka mempunyai pilihan untuk bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan.

Ini berdasarkan tinjauan pendapat Clearing the Smoke: An Insight on Tobacco Harm Reduction yang dijalankan oleh Datametrics Research & Information Centre (Dare) yang berpangkalan di Malaysia baru-baru ini menerusi firma kajian pasaran, Green Zebras.

Kaji selidik tersebut mendapati lebih separuh dari responden (58 peratus) menyedari terdapat kajian yang membuktikan produk THR adalah kurang mudarat berbanding rokok tradisional.

Mengambil kira semua produk THR yang terdapat di pasaran, majoriti responden (51 peratus) berpandangan vape merupakan cara paling praktikal untuk berhenti merokok.

Pengarah Urusan Dare, Pankaj Kumar berkata, hasil tinjauan berkenaan memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai persepsi rakyat Malaysia terhadap THR dan bagaimana vape dapat menjadi medium yang berkesan bagi mengurangkan tabiat merokok di Malaysia.

“Kerajaan perlu mengambil langkah yang tepat dan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi vape sebagai produk yang dapat mengurangkan kemudaratan dan pelaksanaan peraturan berkaitan adalah penting.

“Kerangka peraturan mesti ditentukan dengan baik dan mengambil kira manfaat kesihatan awam yang dapat ditawarkan oleh produk vape. Peraturan dan pencukaian yang sesuai bagi membezakan vape dan rokok tembakau perlu dilakukan untuk mendorong perokok beralih ke vape.

“Hasil tinjauan ini akan digunakan untuk menghasilkan satu laporan komprehensif mengenai manfaat pelaksanaan THR yang akan dilancarkan pada pertengahan Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI