fbpx

Majikan abai kebajikan pekerja berdepan hukuman berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haji Awang Hashim (kiri)membuat pemeriksaan terhadap sebuah asrama pekerja di sebuah Kilang di Kamunting Taiping.- FOTO : Wat Kamal Abas

TAIPING – Denda sehingga RM500,000 boleh dikenakan kepada majikan yang mengabaikan kebajikan pekerja apabila Akta 446 berkaitan kesalahan itu digubal.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, penggubalan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) adalah relevan.

Menurut beliau, ketika ini kesalahan berkaitan akta itu membolehkan majikan dikenakan hukuman denda RM50,000.

“Denda sebanyak itu adalah kecil kerana ada majikan yang memperolehi keuntungan berbillion ringgit dan tiada masalah untuk membayarnya.

“Cadangan menaikkan denda ini supaya majikan lebih peka dan bertanggungjawab dalam memberi perlindungan kepada pekerja serta mengekang berlakunya penularan penyakit atau wabak di tempat tinggal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Akta 446 dan Akta 342 di sekitar Taiping dekat sini hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI