KUANTAN – Seorang peniaga dari bandar Jengka di Maran mengalami kerugian RM12,930 selepas diperdaya dengan tawaran pinjaman tidak wujud yang diiklankan di internet.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada 19 September lalu selepas mangsa melihat iklan pinjaman wang tidak berlesen di internet.
“Kemudian mangsa telah berurusan dengan wakil syarikat terbabit yang memperkenalkan diri sebagai ‘Puan Annie’ dan pengadu bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM10,000.
“Mangsa turut menyerahkan maklumat diri kepada suspek sebelum diminta untuk membuat beberapa bayaran dengan pelbagai alasan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Mohd. Wazir, mangsa telah membuat sebanyak 13 kali bayaran ke enam akaun bank berbeza yang diberikan oleh suspek.
Katanya, bagaimanapun sehingga kini mangsa tidak menerima wang pinjaman terbabit dan tampil membuat laporan polis kerana mengesyaki telah ditipu. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929