fbpx

Lisa dedah kesukaran nak jadi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA BLACKPINK

ANGGOTA kumpulan Blackpink, Lisa mendedahkan kesukaran yang dihadapinya semasa menjadi pelatih bawah kendalian YG Entertainment 10 tahun lalu.

Menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan baru-baru ini, dia terpaksa tinggal bersendirian di negara asing bagi mengikuti uji bakat yang diadakan pada 2010.

“Bagi saya, ketika itu semuanya mencabar. Saya terpaksa tinggal sendirian. Saya terpaksa menguruskan kewangan sendiri. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu sebelum ini.

“Kadang-kadang, apabila saya penat, saya hanya mahu memeluk ibu. Tetapi saya tidak boleh lakukan kerana kami berjauhan. Kami hanya berhubung menerusi panggilan video.

“Dari segi bahasa pertuturan juga, itu antara perkara yang mencabar. Jujur, pada awalnya saya tidak dapat berkomunikasi dengan baik,” dedahnya.

Untuk rekod, Lisa merupakan satu-satunya peserta uji bakat yang terpilih daripada 4,000 pemohon dari Thailand dan dilatih selama lima tahun sebelum memulakan debut bersama tiga lagi anggota Blackpink.

Lisa, 24, juga baharu sahaja muncul dengan single solonya berjudul Lalisa yang dilancarkan 10 September lalu, sekali gus mencipta rekod dunia sebagai muzik video paling tinggi ditonton dalam masa singkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI