fbpx

Liga bola sepak wanita perlu diperhebatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEFFI mencadangkan agar penganjuran liga bola sepak wanita diperluaskan bagi memastikan skuad bola sepak wanita Malaysia tidak ketandusan bakat baharu.

KEMENANGAN 2-0 ke atas Pa­lestin pada saingan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 malam kelmarin membuktikan Malaysia mempunyai skuad bola sepak wanita yang memiliki potensi cukup besar.

Kapten pasukan negara, Steffi Sarge Kaur menjelaskan, Malaysia memiliki ramai pemain wanita yang berbakat besar dan mereka mampu menjadi aset berharga sekiranya digilap dengan sebaiknya.

Justeru, dia berharap penganjuran liga bola sepak wanita diperluaskan bagi memastikan skuad bola sepak wanita negara tidak ketandusan bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan.

“Sasaran peribadi saya adalah mengharapkan lebih banyak liga bola sepak wanita dianjurkan selepas ini kerana ia adalah medan terbaik untuk kita rekrut pemain-pemain bagi memperkasakan pasukan wanita negara.

“Tidak mustahil Malaysia mampu jadi pasukan yang baik kerana pemain-pemain kita ada potensi, cuma ia memerlukan disiplin dan komitmen tinggi. Jika mereka jaga dua perkara ini, semuanya akan menjadi baik,” kata pemain berusia 33 tahun itu.

Sementara itu, Steffi juga gembira apabila satu gol yang dija­ringkan menerusi sepakan percuma berjaya membantu pasukan negara mencatat kemenangan ke atas Palestin pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu.

Dia juga menganggap aksi malam kelmarin lebih baik berbanding ketika tewas 0-4 kepada Thailand pada perlawanan terdahulu selepas berjaya menterjemahkan apa yang dimahukan jurulatih, Jacob Joseph.

“Memang saya sangat gembira untuk jaringkan gol kerana itu antara sasaran utama apabila datang ke Palestin. Saya fikir pasukan sudah bermain baik dan mengikut apa yang dirancang oleh jurulatih,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI