fbpx

Koeman rayu minta diberikan peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOEMAN

BARCELONA – Ketua Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman berada dalam tekanan yang cukup hebat apabila terpaksa memanggil satu sidang media semalam untuk membacakan sebuah kenyataan tanpa membenarkan sebarang soalan dikemukan.

Pada sidang media ber­kenaan, Koeman meminta semua pihak bersabar ketika beliau sedang membina semula Barcelona yang dilanda pelbagai masalah dan krisis musim ini.

Tekanan yang perlu dihadapi oleh pengendali dari Belanda itu memuncak selepas mereka tewas 0-3 kepada Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara minggu lalu sebelum hanya seri 1-1 menentang Granada pada aksi La Liga.

“Pihak pengurusan kelab masih menyokong saya sebagai jurulatih dalam keadaan kami sedang membina semula pasukan ini. Faktor kewangan sentiasa menjadi perkara utama tetapi kami kini perlu membina pasukan tanpa pelaburan yang besar, jadi kami memerlukan masa.

“Pemain muda ketika ini akhirnya akan menjadi bintang dalam masa beberapa tahun lagi. Untuk menyusun semula pasukan ini, kami perlu memberikan mereka peluang. Ia sama seperti ketika Xavi dan Andres Iniesta mendapat peluang ketika era mereka.

“Proses yang kami sedang lalui ini memerlukan soko­ngan semua pihak. Saya tahu bahawa media sedar mengenai perkara ini. Ia bukan pertama kali di Barcelona, sebelum ini juga kami pernah berdepan situasi ini.

“Kami sangat menghargai sokongan anda semua. Staf kejurulatihan dan para pemain gembira dan kagum apabila penyokong terus bersama-sama kami seperti ketika aksi berdepan Granada tempoh hari,” katanya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN