fbpx

Kes pendakwah : Orang ramai dinasihat bertenang, jangan menghukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Ahmad Marzuk Shaary

KEMAMAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menasihatkan orang ramai bertenang dan tidak mudah menghukum berhubung kes melibatkan pendakwah terkenal yang tular kini.

Beliau berkata, sebaliknya mereka perlu bersabar menunggu hasil siasatan siasatan kes tersebut daripada pihak berkuasa.

“Orang ramai dinasihatkan kekal bertenang, serah siasatan kepada pihak berwajib. Hanya mereka boleh membuktikan dia (pendakwah terkenal) bersalah atau sebaliknya.

“Jika setakat sebaran maklumat dan khabar angin, ia tidak boleh dijadikan hujah menghukum seseorang,” katanya sebagai mengulas isu melibatkan seorang pendakwah terkenal di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan kontroversi melibatkan golongan agamawan menjadi perbualan ramai apabila pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi aplikasi Telegram mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan gangguan seksual yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI