fbpx

Individu langgar perintah HSO akan ditangkap serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah bercakap pada sidang akhbar berkaitan penguatkuasaan dan pematuhan SOP Covid-19 di kementeriannnya Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu dan membuat tangkapan serta-merta di rumah mahupun di lokasi terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar perintah kuarantin di kediaman masing-masing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, laporan analisis mobiliti aplikasi MySejahtera mendedahkan bahawa sebanyak 523 daftar masuk (check-in) telah dikenal pasti dalam kalangan kes pesakit positif Covid-19 yang diberikan perintah kuarantin di rumah (HSO).

Katanya, Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP Covid-19 (JKPS) memandang serius laporan pelanggaran perintah kuarantin tersebut, dengan 18 peratus kes berkenaan dikesan berlaku di pasar raya.

“Bagi membolehkan tindakan tegas diambil pihak berkuasa dengan pantas dan tegas, JKPS telah meminta Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyalurkan maklumat berhubung pelanggaran perintah HSO secara serta-merta (real-time) kepada pihak polis bagi tujuan penguatkuasaan di lapangan.

“Melalui maklumat tersebut, pihak berkuasa seperti PDRM dapat diatur gerak terus ke mana-mana lokasi yang telah dikenal pasti bagi tujuan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang akhbar penguatkuasaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Hamzah berkata, premis yang didapati membenarkan individu yang melanggar perintah HSO memasuki premis mereka juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI