fbpx

Guru pusat jagaan dirakam hempas kanak-kanak 4 tahun ke lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciolino dapat dilihat mengangkat tubuh kanak-kanak itu sebelum menghempasnya ke lantai. - Jabatan Polis Fairfield

FAIRFIELD, OHIO – Satu rakaman video menunjukkan seorang pengasuh di Ohio menghempas tubuh seorang kanak-kanak perempuan ke lantai sebelum berlalu pergi, lapor akhbar New York Post semalam.

James Ciolino dipecat selepas didakwa melakukan serangan pada 21 Jun lalu di mana dia telah menghempas tubuh seorang kanak-kanak perempuan ke lantai sebelum kanak-kanak itu menangis.

Ciolino didengar berkata, ‘keluar dari sini’ kepada kanak-kanak tersebut sebelum kembali mengetuai kelas tersebut sambil menyanyikan lagu selamat pagi.

Kanak-kanak perempuan itu menangis dengan kuat selama 50 saat sebelum Ciolino dilihat bangun daripada tempat duduknya.

Namun, lelaki itu tidak memujuk kanak-kanak tersebut, malah dia mendukung mangsa dan membawanya keluar daripada kelas itu. 

Pengarah Pusat Pembelajaran Awal Kanak-Kanak Wilde Kingdom, Lisa McMillon berkata, dia memecat pelaku bersama seorang lagi guru dan membuat laporan terhadap kedua-dua mereka.

“Video tersebut menunjukkan perkara sebenar yang berlaku. Sebaik sahaja anda menontonnya, anda tahu apa yang perlu dibuat,” katanya.

Sebelum kejadian itu, mangsa telah meninggalkan kelasnya untuk pergi ke kelas lain.

Guru kelas tersebut yang dikenali sebagai Jennifer Miller menjerit ke arah Ciolino supaya mengambil kanak-kanak tersebut, namun lelaki tinggi dan bertubuh sasa itu menutup pintu kelasnya.

Miller kemudian membuka pintu kelas Ciolino dan menyuruh kanak-kanak itu masuk ke dalamnya.

Menerusi video itu, Ciolino dapat dilihat memaksa mangsa masuk ke dalam kelas sambil diperhatikan Miller.

Ibu kanak-kanak perempuan itu berkata, lelaki itu menolak anaknya seperti haiwan – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI