fbpx

Garis panduan dos penggalak dibentang kepada JKJAV minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Garis panduan mengenai proses agihan dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos itu.

Beliau berkata, ada perbezaan antara agihan dos ketiga dan dos penggalak.

“Dos ketiga diberikan apabila tindak balas imun terhadap dua dos tidak mencukupi dan mereka memerlukan dos ketiga bagi memperoleh tindak balas optimum.

“Keutamaan bagi dos ketiga ini adalah kumpulan berisiko tinggi terlebih seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, dos penggalak pula adalah bagi mereka yang sudah lengkap dua dos tetapi tindak balas imun sudah mula turun selepas beberapa bulan.

“Dos penggalak akan diberikan sebagai perangsang kepada sistem imun supaya ia lebih berkesan terhadap Covid-19,” katanya.

Katanya, pihaknya akan memberi keutamaan agihan bagi dos ketiga dahulu diikuti dos penggalak mulai bulan depan sebaik mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI