fbpx

Firdaus Wong dedah video sumpah laknat didakwa abang mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendedahan Firdaus Wong menjadi perdebatan hangat pengguna media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat seorang individu menerusi saluran Telegram miliknya, hari ini.

Rakaman klip video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki dari bahagian belakang itu mengakui dirinya merupakan abang kepada mangsa gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.

“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat ‘supportive’ (kuat menyokong) ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.

“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta panggilan video lucah berkenaan sehingga mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri,” tulisnya.

Tangkap layar video sumpah laknat abang kepada mangsa serangan seksual yang didakwa membabitkan pendakwah terkenal.

Beliau yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, akan tiba masanya mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan sebuah kebenaran.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk sebegitu,” ujarnya.

Tulisan itu dilihat lebih 50,000 kali dan kali terakhir disunting pada pukul 9.11 pagi hari ini.

Sebelum itu, Firdaus Wong turut memuat naik tulisan menyatakan mangsa serta ahli keluarga beberapa individu terlibat ada menghubungi dirinya untuk memberi kata-kata semangat.

Berita berkaitan: Penularan video lucah libatkan pendakwah ganggu siasatan

“Antara kata-kata mereka, ‘brother’ kena terus kuat untuk terus memberikan kekuatan kepada kami. Bila kami lihat ‘brother’ kuat, maka kami pun jadi kuat semula.

“Kami kasihan ‘brother’ kena maki hamun setiap hari kerana mahu menegakkan keadilan buat kami. Kami baca komen-komen itu semua terasa macam hendak balas tetapi kami ingat pesan ‘brother’ agar kami bersabar,” tulisnya.

Semalam, Firdaus Wong menerusi laman Facebook miliknya memuat naik satu hantaran yang antaranya menyatakan akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sehari dua ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI